Saturday, 16 November 2013

Happy Holiday


Hai , ok firstly nak wish GOOD LUCK FOR CANDIDATE SPM , DO THE BEST terutama SENIOR BADAWI , linda tahu hampa boleh buat yang terbaek untuk sekolah kita , aceh-wah ayat , hahaha , ok back to title HOLIDAY !!! yeah semua pakat seronok habis sebab tak payah bangun awal , buat homework , pegang buku , betul tak ? alah cakap ja semua nya betul , apa rancangan korang semua cuti nie ? hemm , aku cuti nie memang padat gila , eh macam keja pulak , btw aku busy tolong cikgu balut buku teks untuk pelajar junior 2014 , amboi ngada-ngada nya lepa , hemm maw dok taw lha , haha , cuti nie maybe aku p KL sebeb abang aku konvo kat sana , and bulan 12 nanti aku akan bercuti kat CAMERON HIGHLAND with my adik-beradik , hah ? betul ka kat sana tanah runtuh , hehe , ya memang pon tapi doa-doa lah harap tak ada apa-apa yang berlaku k ! bukan senang nak berkumpul ramai-ramai gan family , act aku aku dah p dah tahun lepas maybe(lupa dah lha bila) agak best lha and sejuk yang teramat , kalau p sana jangan tanya kenapa tak dak kipas gan icon , gila ka pa , tapi itu lha hakikatnya , dah sejuk nak pakai semua tu kenapa ? , haiya , hem tahun depan dah form4 sat ja masa berlalu kan ? tapi aku tak maw berpisah dengan kawan-kawan aku semua , aku sayang depa sangat , rasa pilu ja hati nie bila semua pakat nak bawak diri dari kolah tu and aku pon akan bawak diri dari kolah tu , oh aku akan merindu BADAWI ! banyak kenangan pahit dan manis bersama kawan-kawan termasuk cikgu-cikgu tambah2 cikgu math aku yang suka buat lawak annoying , hehe apa pun sebabkan cikgu tu lah aku boleh kira-kira dengan number and boleh jawab exam , wuhuu , and sebelum berakhirnya tajuk kali nie aku nak cakap HAPPY HOLIDAY TO ALL OF YOU ! JAGA DIRI BAIK-BAIK,JANGAN DOK MELILAU TAK TENTU PASAL , HATI-HATI SELALU K.
-disamping itu saya ada sediakan gambar akhir persekolah tahun 2013-

onlyMIZZLINDA98





















-TAKE CARE ALL OF YOU-



Tuesday, 12 November 2013

Lawatan Lepas PMR(KELANTAN DAN TERENGGANU)



Hai , bertemu lagi kali ini alhamdullilah syukur aku dapat menaip lagi pada kali nie untuk kongsi cerita bersama anda semua , hehe , kali nie just nak cerita sikit-sikit ja yang lain semua nya nak letak gambar , jenuh lha den nak cerita A-Z sampai esok pon tak den tak habis taip , mana tak nya 3 hari den p lawatan sehari dah berapa kali den jalan , haha , paham tak ? tak paham tak pa , buat-buat paham ja lah k , hehe , banyak sekolah dah yang p lawatan lepas PMR cuma sekolah aku ja lewat sikit buat well biasa lha kalau buat awal pon dah sah-sah lepas habis lawatan pelajar tak maw p kolah dah , macam aku , hahah , k stop , back to story , macam aku bagitaw aku p 3 hari 2 malam , first p kelantan check up kat sana tidur sana , perjalanan nak p sana boleh tahan pening juga , pusing sana , pusing sini , perhh , nak rasa ? try lha p , haha , dalam perjalanan tu kita dapat tengok keindahan MAHA PENCIPTA , masyALLAH cantik sangat , bukit-bukau ja keliling , dah lha sejuk , memang awesome lah nak p sana , baru nak p tak sampai lagi tu , haha , nak p sana memang kena bawak duit banyak wahai WANITA sekalian kerana banyak tempat shopping kat sana , rambang mata nak beli , tambah2 baju , perhh , memang best shopping kat sana , act aku p shopping first day kami p RUMAH PONDOK HIDAYAH , tok-tok kat sana memang awesome nampak kami pegang camera ja terus mintak ambil gamabr gan dya, perhh caya lah tok , sporting habis tok-tok kat pondok hidayah tu ,tapi sedih time kami nak balik lepa macam tak nak kami balik ja siap tarik tangan lagi, YA ALLAH sedih nya time tu,petang tu kami p kat WAKAF CHE YEH(macam uptown)harga dya boleh dikurangkan lagi , awesome lah orang kelantan nie , second day kami p PASAR PAYANG , ok kalau p sini memang sesat , mana tak nya masuk ja senang nak keluar banyak sangat pintu so hati-hati ok , petang tu pulak kami p taman tamadun islam , masALLAH memang kreatif lha tangan manusia nie ,boleh bina sebijik macam masjid yang asli padahal yang tu hanya rekaan semata2 , macam copy paste ja lah , dah alang-alang ada kat taman tamadun tu kami singgah lah kat masjid KRISTAL , YA ALLAH memang cantik sangat rasa macam nak nangis ja masuk masjid tu sangat cantik , malam tu kami BBQ tapi sayang dalam hujan , kahkah , so banyak yang tersungkur sebab berebut ayam , ok fine memang kelakar tapi ada yang lebih kelakar iaitu hari last day kami , nak taw pa aku jatuh tanggan 2 kali , kedebam-bom , kali pertama kena ok gie boleh cover , mai tang ke2 dah cukup macam nak patah pinggan aku , errh , and then semua mai serbu aku , nangis lah aku , hahah , malu oii , lepas tu kami p PASAR KHADIJAH ,serius p sana hampa automatik jadi peramah sebab hampa lalu ja depan kedai depa terus lepa tegur ,tak macam penang sombong gila tak caya p KAILAN , hahaha and last sekali kami p RANTAU PANJANG(sempadan thailand)so p sana hati-hati lah ye sebab thailand cik KAK oi , bahaya , kami p sana jenuh jalan ramai-ramai sebab takut kena tinggal , p sana beli kat anak-anak , or adik-adik bear sebab apa , sebab bear kat sana serius murah gila , aku beli bear RILAKUMA penjual tu siap tanya lagi aku nak aku bayar harga berapa , aku cakap 15 ,dya diskaun lagi 1 ringgit , masyALLAH murah rezeki lepa , and chop aku rasa aku dah tulis panjang berjelar dah nie , asal lak nie ? excited sangat lah nie , aduh patut lah tangan lenguh semacam ja , hahah , apa pun ok lah sampai kat sini sahaja ,

onlyMIZZLINDA98





nie lah wajah-wajah batch "98" SMK DATUK
HAJI AHMAD BADAWI 2013
(time nie kat rumah pondok hidayah,nampak tak tok-tok kat situ)

YANG NIE BARU KAT PONDOK HIDAYAH













YANG NIE KAT TAMAN TAMADUN ISLAM
















TAMBAHAN MASJID BEIJING






YANG NIE PASAR PAYANG








TAMBAHAN KAT TITIWANGSA



TAMAT SUDAH PERJALANAN KAMI
PENAT ITU BIASA YANG PENTING KENANGAN
ITU TIDAK AKAN MAMPU MENGUBAH APA-APA
-PAKAIAN HARI TERAKHIR IALAH TEMA MERAH-
 SO P MANA-MANA SEMUA TAW KAMI SATU SEKOLAH




Sunday, 3 November 2013

Azza Cold Powder


Hai , ok kali nie entry nak promote sikit barang kecantinkan khas untuk para wanita diluar sana , hehe , sapa nak taw ? angkat tangan ! , amboi kalut nya angkat tangan , ok back to promote , sebelum anda baca cerita selanjutnya anda mesti sudah baca tajuknya betul tak ? dah taw kenapa tanya ! -ayat kena sendiri- hahaha , amboi sempat aku main2 lagi , AZZA kenal tak ? mesti tak kenal sebab jarang dengar kan? AZZA ELITE kenal tak ? ouhhhhhhhhhhhhhhhhhh ... -panjangnya- hah baru kenal , ok dya lha pengasas produk yang bakal aku tunjuk nie , serius baik hati gila dya , memang awesome lha , sapa tak kenal mai kaih follow kat IG(AZZAELITE) , kebanyakan aku taw produk nie dari insta lah ,well sekarang zaman dah maju maa , hehehe , ok aku akan terang kan funtion dya and gambar produk tu kemudian ok , produk nie sejenis bedak sejuk yang asal dya macam air dalam botol and sangat wangi , tak payah susah-2 kita p bilik air tempek bedak sejuk just picik atas tapak tangan and then sapukan kat muka , simple kan ? boleh guna bila-2 masa ja kita suka , bedak nie sesuai untuk semua peringkat umur and kulit muka , yang mana takut nak pakai jenama lain tu mai lah try bedak nie , act bila aku pakai bedak nie automatik aku akan bersing nak taw kenapa sebabnya resdung , see hebat tak bedak nie , jangan pandang sebelah mata taw ! yang mana kulit muka rasa kering boleh juga guna sebabnya bedak nie bagi kulit jadi lembap seperti WAWA ZAINAL , hahaha k itu aku tambah , sapa yang ada resdung macam aku nie boleh aja guna sebab bedak nie memang sesuai untuk resdung , and sapa yang nak cantik macam NORA DANISH boleh juga cuba , ok aku tambah lagi , hahaha , ramai yang dah guna produk nie memang yang cakap berkesan and aku pon mampu cakap BERKESAN !!!! apa tunggu lagi jom dapatkan sekarang murah ja RM20 ringgit ja , beli lah kat ejen mana2 yang berdekatan dengan anda semua , tak taw p cari kat insta senang kan?

onlyMIZZLINDA98




ok nie lah wajah sebenar AZZA cold powder



dan yang ini lah AZZA ELITE
tak payah search google sini dah ada


yang nie ialah funtion bedak tu , aku hanya
screen shot ja


ANTARA FEEDBACK PARA PENGGUNA








Monday, 28 October 2013

IMPIAN


Hai nampaknya sekarang aku makin gatal tangan untuk update blog setelah sekian lama tidak update eh jap bukan aku baru update ka ? hehe apa pun boleh!hemm sekarang umur aku dah meningkat 15 tahun tak lama lagi 16 tahun tak lama ja lagi , tahun depan maybe aku tak akan dok sekolah BADAWI lagi maybe akan move on to KOLEJ VOKASIONAL , insyallah rezeki tak akan kemana kalau kita berusaha and tawakal setiap kali selepas solat , aku harap sangat aku dapat masuk sekolah tu sebab aku nak jadi SEORANG PEREKA FEKSYEN TERKENAL DI PARIS insyallah impian aku untuk jadi PEREKA FEKSYEN tak sia-sia kan kehidupan aku masa akan datang nanti ,aku dah tekad untuk jadi PEREKA FEKSYEN sebab aku nak ikut jejak MAK aku yang dulu seorang TUKANG JAHIT , sebut pasal PARIS , yes memang aku minat sangat-sangat kat PARIS bukan tempat tapi menara EIFFEL TOWER tu aku rasa macam nak duduk sana terus , hahaha , k fine aku memang suka berangan-angan tapi kalau jadi kenyataan alhamdullilah , sampai satu tahap kalau jumpa menara PARIS ja aku terus jadi excited nak beli , satu keluarga aku panggil aku HANTU PARIS , ok lha tu , hahaha malah bukan keluarga ja kawan yang rapat dengan aku pon taw yang aku gilakan PARIS sampai apa-apa barang PARIS sanggup lepa sorok dari aku , takut aku nampak , see jahat tak depa , lepa taw impian aku nak PARIS and lepa bagi aku support yang aku rasa sangat terharu ,YOU ARE THE BEST FRIEND EVER , ini ayat aku bila lepa bersama aku , apa pun aku tak akan berputus asa selagi aku mampu berusaha ke menara PARIS aku akan terus berusaha , NEVER GIVE UP , yess itu lah aku , bukannya dulu dulu dulu(keluar lagu tegar pulak) hehehe , btw terima kasih sudi membaca,


onlyMIZZLINDA98






nampak tak MENARA "EIFFEL TOWER"?
hope aku akan sampai kat sana nanti


macam nie hidup SEORANG "FASHION DESIGNER"
memerlukan pensil dan kertas


contoh hasilnya


"BARBIE A FASHION FAIRYTALE"
aku ambil movie barbie ini sebagai semangat aku
untuk aku menjadi "FASHION DESIGNER DI PARIS"




"LOVE IN PARIS"
drama nie membuat kan berangan-angan berada
DI PARIS walaupun cita INDON aku anggap drama nie macam
kisah aku 20 TAHUN akan datang =)

Saturday, 26 October 2013

New Look



Hai , lama sungguh tak update blog ini kan ? btw blog yang lama dah tak digunakan lagi , nak tanya blog yang baru cantik tak ? comment lha sikit heheh . aku dah buntu nak buat macam mana lagi blog ni , sampai satu tahap aku tidur sampai pukul 3 pagi semata-mata nak update blog yang entah apa-apa nie , hope kali blog nie akan aktif selalu , well PMR sudah habis so time to enjoy lah , insyallah kali nie hanya blog nie yang akan aku update selalu dan tak akan muncul blog ke3 !! hehehe , to stalker blog saya harap jangan terasa or heboh-heboh kat dunia luar tentang blog saya sebab blog nie untuk saya kongsi cerita hanya dengan anda yang tahu , kalau tak suka baca boleh blah or padam terus memory web blog saya ok ? bukan nak marah nasihat ja ok ? apa-apa pun selama membaca kisah-kisah saya yang entah apa-apa =) hope korang suka
sampai disini sahaja , nanti saya akan update lagi,

Only MIZZLINDA98